Isnin, 30 Mei 2011

Sana Sini Mei 2011

Pejam celik pejam celik, 2011 telah pun menghampiri setengah tahun.Teman pun dah lama tak mengemaskini blog kerana tiada apa yang terlalu menarik berlaku.Biar teman rumuskan apa yang berlaku sepanjang bulan Mei 2011.

Ahad minggu pertama Mei 2011 tempohari, teman sekeluarga ke Pulau Pinang untuk mengambil barang-barang adik bongsu teman yang telah menamatkan pengajiannya di USM.Hari yang sama juga sambutan Hari Ibu kami raikan untuk mak teman dengan makan tengahari di Manhattan Fish Shop.Tiada hadiah istimewa untuk mak teman tahun ini,hanya doa dari kami semoga bonda tercinta berbahagia sepanjang hayat.

19 Mei 2011, harijadi adik bongsu teman yang ke 23 tahun sempat kami raikan dirumah.Juadah sate sebagai makan malam atas permintaan adinda bongsu seorang.

Dalam bulan Mei juga, Malaysia dikejutkan dengan berita tanah runtuh di Hulu Langat yang telah mengorbankan beberapa nyawa anak yatim disana.Semoga Allah memelihara roh mereka dan mencucuri rahmat keatasnya.