Selamat kembali pada diri dalam ruangan blog yang seadanya ini.Agak lama terhenti menulis lantas ruang yang hampir bersawang ini teman kemaskini kembali. Indahnya dunia ini kalau setiap diri dapat melaksanakan tajuk entri teman hari ini. Itulah keinginan terpendam yang jujurnya bukan mudah untuk dizahirkan.
Dihimpit kesakitan yang tiba-tiba membuat teman terhenti seketika dari aktiviti biasa menjadikan kesakitan itu sesuatu yang luarbiasa.Kerap kali diingatkan oleh rakan taulan dan keluarga bahawa sakit itu adalah ujian dari Allah. Ya benar, semoga teman lulus ujian itu untuk sekian kalinya. Boleh jadi juga diri yang lalai ini menerima kafarah dariNYA agar teman tidak terus lalai dalam melihat diri dan persekitaran. Mati itu pasti, seharusnya setiap diri menjadi lebih berani untuk hidup. Mungkin ada entri-entri terdahulu yang mengganggu dan mengguris hati mana-mana pihak yang membaca, teman menyusun sepuluh jari memohon maaf atas kekhilafan. Mungkin entri yang bertujuan peribadi ini telah disalah erti oleh segelintir pihak. Jika benar, 'Hasbunallahu wa ni`mal Wakil' (حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ).
Masih banyak resepi dan cerita yang ingin dikongsi kerana 'I am what I am; a life food story teller'.Mungkin di ruang akan datang, Insyaa' Allah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan idea teman akan kembali pastinya untuk menjadi lebih baik dari semalam,hari ini dan selamanya. Semoga Allah redha.Alhamdulillah