Zaman sekolah dahulu adalah masa yang paling panjang bagi teman untuk bersama keluarga. Bangun seawal pagi kerana mengikut mak yang akan menghantar teman ke sekolah dengan kereta Toyota LEnya. Berbasikal bersama kawan-kawan hanya di awal persekolahan. Mak teman yang teman anggap sebagai 'A Woman With Altitude', tahu apa yang diinginkan dalam hidup dan sangat tenang. Jarang sekali teman melihat mak menangis. Terlalu kuat dan teman mungkin tidak dapat menjadi sepertinya. Pagi tadi, sibuk menggoreng cucur bawang dengan bumbu ikan tongkol lebihan semalam. Teringat mak teman yang walau sesibuk mana sekalipun bekerja masih dapat menyediakan sarapan pagi untuk kami adik-beradik.Walaupun semudah nasi goreng, maggi goreng dan cucur bawang. Kalau dulu kami adik beradik selalu merungut, mengadap menu yang sama setiap minggu.Tapi disaat ini, mahu saja meminta mak teman menyediakan cucur bawang air tangannya itu. Cucur Bawang Ikan Lalala BBL, cucur bawang moden rekaan teman tanpa kucai dan ikan bilis. Suka pada pengubahsuaian mengikut apa yang ada didapur. Lainlah kalau tiada apa-apa, barulah teman mencarinya di pasaraya berhampiran. Ya, segalanya sangat mudah disini, sangat nyaman dan cukup. Betul juga kata bos teman, jangan dirunsingkan apa yang berlaku kerana yang penting kita kena berusaha; sebahagian yang baik tentang dirinya. Bagi teman yang terlalu banyak berfikir tentang kerja, semoga dengan doa itu, ditunjukkan mana yang terbaik untuk teman berada. Mudahkanlah Ya ALLAH segalanya.
Cucur Bawang Ikan Lalala BBL
Bahan-bahan dan Cara-caranya :
2 cawan tepung gandum (diayak)
2 sudu tepung jagung (pilihan untuk merangupkan)
1 sudu garam halus
1 biji telur ayam
2 ulas bawang merah
1 biji cili merah
1 biji cili hijau (bawang dan cili dipotong dadu)
Hirisan halus kobis ungu (pengganti kucai yang tiada)
Bumbu ikan (paling mudah ikan bilis yang ditumbuk)
2 cawan air (untuk membancuh adunan tepung)
Minyak jagung untuk menggoreng
(Kesemua bahan dicampur dan pastikan tidak terlalu cair untuk dibuat jemput-jemput.Goreng dalam minyak yang dipanaskan dengan api sederhana)
~Life Is Simple but WE Make it Difficult~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan