Jumaat, 4 Mac 2011

Bagai Pinang Di Belah Dua


Tanggal 26/02/2011 merupakan hari bersejarah bagi sahabat baik teman, Azwa.Dengan sekali lafaz, sahlah sudah sahabat baik teman ini menjadi suri kepada jejaka pilihan hatinya En Jamal.Gelaran Puan sudah dipegang bersama-sama tanggungjawab baru yang perlu dipikul.Majlis persandingan pada 27/02/2011 yang meriah bertemakan warna kegemaran biru dan merah jambu, disaksikan hampir 700 orang tetamu.Alunan lagu-lagu romantis pilihan pengantin amat mengasyikan beserta tayang video kartun hasil kerja tangan adik pengantin perempuan sendiri.
Sebagai sahabat sepermainan sejak dari bangku sekolah rendah,teman tumpang berbangga dan gembira.Semoga ikatan yang terbina, tetap utuh sehingga ke akhir hayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan