Alhamdulillah.Oktober datang lagi. Selain pemergian ibu saudara teman yang kembali ke Rahmatullah sebagai tragedi yang menimpa keluarga, masih ada memori indah terpahat dalam ingatan teman atas nama sebuah pengalaman. Pahit dan manis itu berlaku dalam minggu yang sama di bulan Oktober, benar-benar 'mempermainkan' emosi diri.Walaubagaimanapun, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang,InsyaAllah.
Tanggal 6 Oktober 2012, lewat malam itu teman dimaklumkan oleh keluarga di kampung bahawa ibu saudara yang telah sedia sakit mulai tenat.Minggu sebelum itu teman telah pun mengambil cuti selama 2 hari untuk pulang ke kampung melawat arwah yang ketika itu masih dalam rawatan di sebuah hospital.Bermula dengan kehilangan penglihatan disyaki akibat 'minor stroke' dan ketulan darah di kepala,arwah semasa akhir hayatnya diuji dengan penyakit buah pinggang dan diabietis yang kronik hingga memaksa pihak hospital memotong sebelah kakinya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bukan alang-alang ujian yang terpaksa arwah tempuh sepanjang hayatnya selepas pemergian suami tercinta. Mungkin ujian itu menjadi penghapus segala dosa dan hikmah Allah untuk arwah ibu saudara teman.Terlalu banyak jasa arwah kepada teman dan adik-adik sejak dari kecil.Arwah Puan Safatimah yang kami gelar Mak Ati ialah antara orang yang berusaha untuk anak-anak saudaranya sejak kami menjadi yatim. Dengan izin Allah dan bantuan arwah mengisi borang permohonan, teman mendapat tajaan biasiswa hingga tamat pengajian dan tidak perlu berhutang untuk belajar. Beliau juga menjadi penjamin bagi seorang adik teman untuk menyambung pelajaran hingga berjaya bergelar seorang Doktor Perubatan. Beliau jugalah yang memperkenalkan teman dengan majikan tempat berkerja dari dahulu hingga sekarang. Kini hampir 9 tahun teman mencari rezeki di daerah yang suatu ketika dahulu sangat asing bagi teman. Segalanya mengingatkan teman kepada arwah. Ibarat kata pepatah;harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama. Mengubati kesedihan dengan pesanan dari emak teman bahawa Allah lebih menyayangi hamba yang diredhaiNya dan berpesan supaya teman berdoa agar kami dipertemukan kembali sebagai keluarga di akhirat kelak. Subhanallah, kata-kata emak teman itu menambah air mata kerinduan yang amat sangat kepada arwah dan kaum keluarga yang telah lebih awal meninggalkan kami.Wahai jiwa-jiwa yang tenang, semoga roh kalian bersemadi di tempat yang aman dan tenteram, kami bakal menyusul di hari kemudian setelah lelah meniti suratan.
Pada hari yang sama, sebelum berita keadaan ibu saudara sampai ke telinga, teman dan seorang sahabat mengambil keputusan untuk mengisi masa siang kami melihat Kelip-kelip di Kampung Kuantan,Selangor. Lama sudah teman menyimpan keinginan untuk ke sana setelah melihat iklan televisyen oleh TNB suatu masa dahulu. Entah mana datangnya tanggapan karut teman selama ini, tentang kebenaran kewujudan Kelip-kelip yang banyak, hingga menyangkakan bahawa Kelip-kelip yang dikatakan cantik itu hanyalah lampu LED!

Teman masih ingat ketika zaman kecil apabila pulang ke kampung, arwah opah akan memasang pelita minyak tanah sebagai lampu tidur. Apabila keadaan menjadi gelap, teman akan melihat beberapa ekor Kelip-kelip berterbangan di kelambu dan merayap-rayap di atas lantai. Kami juga membahasakan Kelip-kelip itu sebagai Kunang-kunang. Kunang-kunang di kampung teman sangat jinak dan mudah dipegang. Teman suka membelek-belek badannya, mencari punca dari mana datangnya cahaya kuning kehijauan itu. Rupa-rupanya cahaya itu datang dari bendalir yang terdapat dibahagian hujung badan Kunang-kunang. Cahaya seakan-akan pendarflour itu jelas kelihatan ketika keadaan gelap. Tidak pula teman tahu bahawa habitat Kunang-kunang/Kelip-kelip Kampung Kuantan ini di celah-celah daun, terutamanya daun pokok Berembang yang menjadi sumber makanan utama sang Kelip-kelip.'Ya Allah!Cantiknya',.itu sahaja yang mampu teman ucapkan sepanjang berada di dalam sampan. Asyik sungguh menyelusuri muara sungai sambil melihat pokok-pokok yang dipenuhi Kelip-kelip dengan ritma sekata ibarat lampu LED yang 'lip-lap-lip-lap'.Pasangan berbangsa India yang bersampan bersama-sama kami sangat teruja dengan fenomena itu hingga mengibaratkan suasananya seperti pohon Krismas. 20 minit bersampan merupakan pengalaman pertama bersama-sama kumpulan Kelip-kelip yang berjuta-juta banyaknya.Tidak ada kamera terbaik untuk mengimbas fenomena Kelip-kelip ini kecuali mata kita sendiri. Cahaya kamera tidak dibenarkan dan akan mengakibatkan Kelip-kelip itu lari.Bersampan juga merupakan kaedah pengangkutan yagg terbaik selain bot kerana sampan tidak mengeluarkan bunyi bising seperti bot dan kurang mengakibatkan kocakan air sungai yang menggerakkan pokok-pokok Berembang. Jika pokok-pokok Berembang itu bergoyang, akan mengganggu Kelip-kelip yang hinggap di dedaunan.
Malam yang tenang, bersaksikan bintang di langit dan kelip-kelip di bumi menjadi penutup hari yang indah buat teman. Tiada yang indah jika diri ini tidak pernah belajar menerima kekalutan dan malam itu akan terus berkilau sebagai pengabdian jiwa yang meniti suratan.
Malam Yang Bekilau
Apabila engkau bertanya,
Apa beza kelip-kelip di rimba dengan bintang-bintang di angkasa?
Tetap berkilau dan bersayap dengan bersahaja,
Menghiasi malam mendakap maya,
Menyuluh arah di timur, di barat, di selatan dan di utara,
Ketika sampan menyelusuri sungai yang mengalir ke muara.
Jika aku memberi jawapannya,
Janganlah pula engkau ketawa,
Bila sahaja aku berbicara,
Bintang-bintang itu batu, kelip-kelip itu serangga,
Menjadi saksi yang gelap itu tiada,
Terhapus ilusi dengan cahayanya.
Kampung Kuantan (BBL 06/10/2012)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan