Hari ini seperti hari yang baru bagi teman walaupun masih berkerajaan lama.Isu politik jika dibicarakan tanpa minda yang terbuka sering mengundang kontroversi.Walaupun hati teman sedikit tercalar kerana tidak dapat meneruskan niat untuk mengundi tahun ini akibat rekod tidak ditemui, teman masih mampu melihatnya dari sudut yang positif.Calon yang bertanding tidak mendatangkan minat teman untuk menyokong mana-mana parti mungkin dilihat seperti tidak bertanggungjawab oleh segelintir pihak.Tetapi teman lebih perlu bertanggungjawab pada diri sendiri jika teman memilih tanpa ilmu.Kita merancang dan Allah juga merancang.Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik.Teman berdoa diberi kesempatan untuk memilih 5 tahun lagi.Semoga doa sujud tahajud teman dilorongkan jalan yang benar dan dikurniakan pemimpin yang benar.
Memandangkan hari ini negeri tempat teman bekerja mengumumkan cuti khas,maka masa di kampung dihabiskan bersama emak dan adik-adik teman yang pulang mengundi.Sambil sibuk didapur menyiapkan makan tengahari, teman mengambil kesempatan membuat 'keras tangan'.Teman telah lama berniat untuk belajar mengukir buah-buahan untuk mengisi masa lapang.Kali ini mangga muda yang dikait dari pokok belakang rumah menjadi 'mangsa' cubaan pertama.Walaupun tanpa peralatan khas teman masih ingin mencuba.Mana tahu mungkin di masa akan datang niat ini boleh menjadi sumber pendapatan tambahan teman pula,wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan