Salam.
Alhamdulillah sudah masuk 10 hari berpuasa, keinginan teman untuk bersama-sama menunaikan solat terawikh masih berbaki walaupun adakalanya terdetik niat di hati untuk berehat sahaja di rumah kerana mata yang memang berat setelah makan berbuka.Tetapi teman gagahkan juga niat apabila mengingatkan kata-kata seorang ustaz yang bertazkirah tempohari bahawa menunaikan solat sunat terawikh pada 10 malam yang pertama dibulan Ramadan adalah rahmat keberkatan dari Allah manakala 10 malam kemudiannya adalah rahmat keampunan dari segala dosa.Tambah ustaz, Allah sendiri akan memilih hamba yang ingin diampunkanNYA dan akan sedikit 'kedekut' untuk itu.Pesannya lagi,oleh itu jadilah hamba yang dipilih Allah dengan menanamkan keinginan untuk istiqamah melakukan ibadat sunat terawikh ini sehingga keahirnya.
Disampai seorang ustaz yang lain, walaupun solat terawikh itu ibadat sunat,tetapi mendengar tazkirah yang disampaikan selepas berterawikh adalah sama wajib hukumnya seperti menuntut ilmu.Moga teman dapat terus istiqamah dibulan Ramadan ini.
Setiap kali teman cuba ingatkan diri yang lemah ini,teman ada 11 bulan yang boleh digunakan untuk perkara-perkara lain selain beribadat sunat,jadi biarlah bonus yang 1 bulan ini dioptimumkan untuk tujuan sama-sama berjemaah di surau walaupun ianya sunat sahaja.
Hari ini tazkirah berkisar tentang Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat-sahabat baginda yang syahid dalam Perang Mu'tah.Seronok pula apabila teman mendengar penyampai membacakan ayat 21 Surah 33 (Al-Ahzab) yang pernah menjadi hafalan teman bagi kelas pendidikan Islam yang teman ikuti.Maksud ayat adalah seperti berikut :
'Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu,iaitu bagi orang-orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.'
Dalam tazkirah tersebut,penyampai bercerita bagaimana berkesannya contoh teladan yang Nabi Muhammad S.A.W tunjukkan,hingga semua sahabat dan pengikut baginda bersedia berjihad untuk mati kerana menegakkan Islam dan yakin dengan Syurga Allah.Terkesan dihati teman apabila digambarkan bagaimana Jaafar Bin Abi Talib (sepupu Rasuullah) menyelamatkan panji Islam selepas Zaid Bin Haritsah dibunuh oleh tentera Rom.Jaafar Bin Abi Talib dikepung oleh bala tentera Rom sedikitpun tidak gentar malah bersedia untuk mati demi panji Islam.Tangan kanan yang memegang panji Islam dicantas,lalu beliau memegang dengan tangan kirinya pula.Tangan kirinya pula dicantas hingga putus,lalu beliau memegang dengan kedua-dua siku sehinggalah badannya dibelah dua oleh tentera Rom dan mati syahid.Panji Islam kemudiannya disambut oleh Abdullah bin Rawahah yang pada awalnya terdetik sedikit keraguan dihatinya samada Islam boleh menang ataupun tidak.Tapi dengan cepat,beliau kembali meyakinkan diri sendiri tentang janji-janji Allah bagi mereka yang gugur syahid kerana agamaNYA.Lantas Abdullah bangkit menentang tentera Rom hingga terkorban.Tentera yang masih tinggal dipimpin oleh Khalid Bin Al-Walid pulang ke Madinah.
Rasulullah S.A.W yang bersedih mendengar berita gugurnya panglima-panglima yang dihantar baginda,mendapat wahyu dari Allah bahawa ketiga-tiga mereka yang syahid itu telah dianugerahkan katil emas di Syurga Allah.Tetapi katil Abdullah bin Rawahah sedikit senget akibat keraguan sedikit yang terdetik dihatinya sebelum bertempur.Manakala Jaafar bin Abi Talib dihadiahkan sepasang sayap oleh Allah sebagai ganti badannya yang dibelah dua,agar beliau bebas terbang di dalam syurga Allah.
Begitulah nikmat yang digambarkan bagi pejuang-pejuang Islam yang mati dijalan Allah,demi menegakkan agama yang tercinta.Insaf teman apabila mengingatkan amalan diri yang kerdil ini dalam mengejarkan Syurga di akhirat kelak.Masih banyak yang perlu diperbaiki untuk diri sendiri belum lagi menyentuh apa yang dapat teman lakukan demi agama Islam.Tanggungjawab pada diri,ibu,adik-adik,keluarga,sahabat-sahabat dan saudara seIslam yang lain sekiranya dicongak masih belum melayakkan teman untuk bermimpikan Syurga Allah.Apatah lagi apabila minda diusik dengan isu semasa kegiatan memurtadkan orang-orang Islam yang dilakukan oleh segolongan Kristian yang kembali hangat sejak akhir-akhir ini.Bagaimana seorang yang lahir sebagai Islam tidak mampu mengukuhkan akidah kerana wang ringgit dan kesusahan hidup.Bagaimana institusi-institusi berwajib yang sepatutnya membantu membanteras kemiskinan dan kebajikan umat Islam terlepas pandang segelintir mereka yang susah hidupnya ini.Banyak sebenarnya tanggungjawab teman yang belum selesai sebelum layak menjadi calon Syurga Allah.Jihad orang-orang yang terdahulu dengan peperangan, senjata dan bermati-matian kerana mereka diperangi dengan kaedah itu.Bagi kita dalam zaman ini pula tanpa kita sedari telah diperangi minda dan status kehidupan materialistik yang mana hanya boleh diselamatkan dengan pengukuhan ilmu. Sama-samalah berdoa dan berusaha sedaya upaya demi sebuah kehidupan yang diredhaiNYA.Ya Allah,tunjukkanlah kami sekalian jalanMU yang lurus dan benar.Iaitu jalan bagi orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka.Bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan juga jalan mereka yang sesat.Semoga keinsafan ini berpanjangan.Insyallah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan