Isnin, 8 Ogos 2011

Ramadan Al Mubarak

Salam Ramadan!
Hari ini masuk 8 Ramadan 1432H.Teman sempat pulang ke kampung menyambut Ramadan pertama bersama keluarga.Sepanjang bulan Ramadan tahun ini,majikan teman bermurah hati memberi cuti setiap Sabtu memandangkan kami telah banyak beraktiviti sebelum menjelang bulan yang mulia ini.Niat teman,tahun ini dapat memaksimumkan ibadat sunat terawikh selagi tiada halangan.
Semasa berterawikh,teman mengambil peluang mendengar tazkirah yang disampaikan sebagai panduan dalam menjalani kehidupan harian.Memang terbukti,hanya dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang.
Kebanyakan tazkirah yang teman dengar berkisarkan topik ketakwaan kepada yang Maha Esa.Ingin sekali teman kongsi antara pesanan yang dapat teman petik dari tazkirah tempohari seperti yang diriwayatkan oleh Saidina Ali R.A tentang ciri-ciri orang yang bertakwa, iaitu ;
1) Takut kepada Allah S.W.T
2) Melaksanakan Al-Quran
3) Merasa cukup walaupun sedikit
4) Bersedia menghadapi mati.
Selain menjamah juadah yang pelbagai untuk berbuka,semoga puasa yang kita lakukan bukan hanya setakat menahan lapar dan dahaga malah ditingkatkan Allah dengan menghapuskan segala dosa yang lalu.Semoga Ramadan ini bukan yang terakhir bagi kita semua.Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan