Isnin, 31 Mei 2010

Isnin Yang Rock!

Isnin Selamat..'Don't judge book by it's cover, or at least don't judge a story by it's title'..Hmmm..ada satu lagi perumpamaan dalam Bahasa Inggeris yang biasa teman guna pakai; 'Don't judge a person until you walk a mile in her shoes'..Sesuai agaknyer,memang sinonim dengan kebanyakan wanita, walaupun mungkin bukan semua. Satu kasut bagi wanita will never do. Pasti tak cukup dengan 1 pasti ada macam-macam warna, macam-macam jenis, macam-macam gaya dan tinggi rendahnya. And that is some part that make us interesting I guessed. Cukup cerita pasal kasut sebab itu bukan tujuan cerita teman hari ni. Lagipun takkan habis cerita kalau sebut pasal kasut, begitu jugalah kalau cerita pasal hidup dan makan ni :).. Macam-macam ada....

Pagi ni,alhamdulillah selamat sampai ke tempat kerja teman tepat jam 9.00 pagi setelah 2 jam menumpukan perhatian kepada pemanduan berhemah. Tak sangka jugak dapat sampai tepat pada waktunya kerana hari ni teman bertolak dari kampung agak lewat dari kebiasaan. Pukul 7.00 pagi baru bergerak dari rumah di Ipoh. Seperti biasa, secawan 'light nescafe' telah tersedia oleh mak teman sebagai lapik perut. Teman bagi nama 'light nescafe' sebab mak teman kalau membancuh nescafe, pasti lebih kandungan susu tepung berbanding kopi. Kalau teman yang membancuhnya, pasti akan bertukar menjadi 'strong nescafe'. Tapi teman suka jugak, sebab mak teman yang buatkan. Tersedia di atas meja siap berbungkus di dalam beg plastik, bekalan 2 buku roti manis yang bakal teman jamah sambil memandu. Sambil-sambil ni pun bukan elok sangat, kalau tak betul gayanya boleh jadi merbahaya di jalan raya. Tapi bagi teman, mengunyah sambil memandu boleh menghilangkan rasa mengantuk. Lebih-lebih lagi teman akan memandu tanpa henti dari Ipoh ke Sg Buloh. Bekalan gula-gula atau 'chewing gum' dan paling tidak roti manis harus ada. Pendek kata,'Don't eat and drink and drive' unless practice make perfect.

Rezeki hari Isnin memang murah selalunya. Teman tak kisah sangat tentang sarapan hari Isnin kerana pasti ada rakan-rakan sepejabat yang bermurah hati membawa makanan dari rumah masing-masing. Semoga ALLAH menambahkan rezeki mereka-mereka ini. Ada juga sahabat yang berpesan, walaupun dalam kesempitan wang, amalan bersedekah makanan boleh memurahkan rezeki seseorang. Ya,tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima,InsyaALLAH...

Kenapa hari ni, Isnin yang rock!?. Rock sebab banyak sangat sarapan yang tersedia di atas meja pantri di ofis.Rock sebab pagi-pagi lagi masing-masing kecoh nak bagi teman rasa itu dan ini..hehe..Terima kasih kengkawan. Bukan tak sudi tapi teman agak kenyang di awal pagi tadi sebab asyik menyulam air sambil memandu.

Setelah tazkirah pagi, semak e-mail dan jadual harian, perut mulalah buat lagu rock..ke berkeroncong? Lebih kurang samalah tu. Ambil lebih kurang 15 minit di pantri membancuh secawan lagi kopi kegemaran teman. Terima kasih kepada Sarina dan Aina*, 'bidadari' yang selalu bermurah hati membawa makanan pada hari Isnin. Hari ni juadahnya lebih meriah dari biasa. Ada pulut kuning dan rendang ayam (My recommendation), ada nasi impit, tapai ubi yang harum, ada jugak macaroni dan sos carbonara berlada hitam. Wah!, menu sama macam yang teman makan waktu cuti hari tu..Walaupun lain air tangan, tapi rasanya tetap sedap dan menyelerakan..Teman teringin nak mencuba tapai ubi yang sangat harum baunya tu, tapi pengalaman memakan tapai sehingga demam dan tak lalu bangun suatu masa dahulu, membatalkan niat teman yang suci dan murni itu. 'Bise berbeno' penangan tapai ni.

Banyak pilihan makanan untuk sarapan merangkap makan tengahari teman hari ini. Sos Carbonaranya mewah dengan rasa lada hitam dan cendawan butang yang empuk, seempuk rendang ayam yang cukup rampainya. Tentang pulutnya pulak, cukup kuning kunyit dan lemak santannya. Biasanya pulut kuning ni disediakan untuk acara yang agak istimewa. Sebagai tanda kesyukuran dan tanda kegembiraan. Bila di tanya, rupa-rupanya minggu ni adalah minggu terakhir Aina dan Sarina sebagai pelajar praktikal di tempat kerja teman ni. Sekejap sungguh masa 6 bulan berlalu. Masing-masing bakal menamatkan pengajian dalam jurusan Akaun UUM dan menyambung cita-cita. Selamat maju jaya teman ucapkan. Selain manis dan santun kalian berdua, aroma pulut kuning dan rendang ayam tetap dalam ingatan..

Kepada adik-adik praktikal..Yang merah itu saga,yang kurik itu kundi,Yang indah itu bahasa yang baik itu budi...
Budi yang baik dikenang jua.....

Ahad, 30 Mei 2010

Food Coma No 3 - Lets Rumble D' Apple

Hari ni masuk 3 hari teman duduk melepak di rumah. Kerjanya banyak di dapur selain mengadap tv dan laptop. Memang relaks sakan kata orang. Pejam celik pejam celik esok dah Isnin. Esok pagi-pagi dah kena drive balik ke Sg Buloh. Bercintanya nak balik bekerja. Aduhhh..kalau boleh memang tak nak amalkan blues hari Isnin ni . Cuba untuk ingat pesan mak teman, selagi ada tenaga, hidup mesti bekerja. Mulakan hari pertama kerja dengan semangat dan keseronokan kerana satu minggu masih panjang. Betul jugak tu. Yelah, kalau hari pertama kerja, muka dah blues, monyok dan tak gembira macamana nak meneruskan 5 hingga 6 hari selebihnya. Tapi, sebagai insan biasa yang mudah terpengaruh dengan emosi (almaklumlah teman ni dirahmati dengan 9 emosi la katakan..), kadang-kadang blues hari Isnin pasti terasa. So cara paling mudah teman nak kurangkan emosi kurang enak tu, sebagai seorang wanita berkerjaya, penampilan diri sedikit sebanyak harus dijaga. Sentiasa mengharapkan dalam melaksanakan niat yang satu ini tidak menyimpang dari tertib yang sepatutnya. Mudahnya, pakaian yang dipakai mestilah berwarna ceria kerana warna boleh mempengaruhi emosi seseorang. Satu lagi cara yang teman biasa buat, sehari sebelum Isnin, yakni hari Ahad perlulah diceriakan juga. Samada keluar bersama-sama keluarga atau kawan-kawan, tidur dengan senyuman :), teman juga suka mencuba resepi-resepi yang ada. So hari Ahad kena rajin-rajin diri ke dapurlah jawabnya...

Just do something that can indulge yourself and make yourself happy, tak perlu yang gempak sangat pun. Memandangkan hari ini seorang lagi ibu saudara teman;Mak Itam datang ke rumah, semangat nak memasak tu luarbiasa sikit. Bahan-bahan pun dah sememangnya ada. So sepetang di dapur hari ni berakhir dengan 2 menu favourite teman yang agak senang nak dibuat; Spaghetti Bolognese dan Apple Raisin Bread Pudding.

Alkisahnya Puding Roti Epal Kismis ni antara desert yang paling teman suka sebab mudah dibuat dan bahan-bahannya pun memang sentiasa ada didapur rumah teman ni. I just love the smell of cinnamon..Boleh high teman kata...hehe...Pasti harum satu dapur bila guna herba yang satu ni. Sejak nak jaga kesihatan ni pulak, teman memang akan pastikan stok epal hijau dan kismis sentiasa ada. Mana tau tetiba teringin nak mengunyah, kunyah epal dan kismis kira OK lagi kan... So lets rumble d' apple...(P/S-Spaghetti Bolognese punya resepi teman akan kongsi dalam post akan datang )

Bahan-bahan dan Cara :

Isi Puding :


4 biji epal (dibuang kulit dan dipotong dadu)

1/2 buku roti putih ( dipotong dadu, tapi sebab hari ni tiada baki roti, banyak stok biskut jagung, so I end up using biskut jagung kosong)
1 cawan kismis 2 sudu mentega
(Panaskan periuk, cairkan mentega dan masukkan epal. Masak epal separuh lembut. Selepas tutup api,masukkan roti dan kismis.Gaulkan kesemua bahan-bahan ini)

Sos puding :


3 biji telur

1 sudu teh esen vanila
3 cawan susu segar
1 1/2 cawan gula perang
1/3 cawan serbuk kulit kayu manis /cinnamon
(Campur kesemua bahan-bahan ini dan pukul sebati)

Didalam mangkuk tahan panas, campurkan isi dan sos puding dan kaup balikkan. Bakar selama 20 minit. Boleh dimakan bersama-sama whipping cream@yogurt@sos coklat@ ais krim..

!-Bagi yang tak suka makan kismis,boleh juga gantikan dengan buah-buahan kering yang lain tapi namanya kenalah diubah :)

!!-Boleh digandakan sos puding sekiranya inginkan puding yang lembab dan berkuah.

!!!-Sos puding juga boleh dicampurkan tepung kastard dan sedikit tepung jagung dan masak diatas api yang perlahan sehingga pekat untuk dimakan bersama-sama puding roti ini.

~This is an option to indulge yourself or else get an apple a day will keep the doctor away~

Sabtu, 29 Mei 2010

Teh Bunga Toksin



Tengah membelek-belek peti ais petang tadi, terjumpa pulak terselit antara bahan-bahan kering dalam peti ais tu sebungkus herba kering. Bila dibaca label pada bungkusan tu rupa-rupanya mak teman 'terbeli' teh herba dari pembekal buku di sekolahnya. Tertera pada label yang ditampal 'dengan selefon tape' tu tajuk bungkusan; 'Teh Bunga Toksin'. Dah la senarai kandungan bahan tak disertakan, baca tajuk bungkusan tu pun dah menggerunkan...bunyi macam teh bunga tu yang bertoksin walaupun sedia maklum yang nak dimaksudkan ialah teh bunga untuk membuang toksin. Tak puas hati dengan hanya membelek, lalu teman meminta izin mak teman nak membuka bungkusan tu. Mak teman pun kata dia sendiri tak berani nak membancuh teh bunga tu sebab sekadar mengambil hati dengan membeli. Lagipun takut berangin badan atau sakit perut kalau minum teh sembarangan. Jadi, teman pun mulalah proses bereksplorasi. Bahan yang teman yakin terkandung dalam 'teh bunga toksin' tu adalah daun teh (yang baunya seakan-akan bau daun inai), kulit kayu (kayu apa pun tak pasti), kurma kering, putik bunga ros dan macam-macam herba lagi. Rasanya taklah pahit, standard air teh herba tanpa gula. Selama ni yang teman tahu, secara saintifiknya teh bagus untuk antioksidan dan mencegah kanser. Air teh jugak boleh kurangkan kolestrol dan kurang berat badan :). Teman memang suka jugak 'mengeteh' sekali sekala. Teh tarik, teh ais, teh 'o' limau, teh krisantimum, teh hijau jasmin dan ada jugak teh campur kopi. Pendek kata macam-macam teh ada!

Jumaat, 28 Mei 2010

Kembali Ke Masa Silam

Hari Sabtu dirumah mak teman ni, sama jer dengan hari-hari Sabtu kebiasaaannya. Mak teman yang sangat komited dengan kerja-kerja perguruannya tak pernah jemu ke sana ke sini memenuhi undangan pihak sekolah. Jadi tinggallah teman di rumah melaksanakan kerja-kerja biasa orang rumah. Rutin biasa sambil menunggu baju dibasuh mesin, sarapan ala kadar dengan secawan 'neslo' panas, wajib disulami secawan air suam. Bukan apa, takut jugak terlebih manis dalam minuman boleh memberi kesan kepada kesihatan. Menu biasa yang pasti ada diatas meja waktu kesibukan, roti putih Gardenia dan sekaya pandan atau jem strawberi.Kami dah biasa sejak zaman sekolah dengan menu ni. Tapi, sesekali berkumpul ramai-ramai, mak teman pasti akan masak menu ringkas istimewanya. Tapi bukan hari ini...

Teringat zaman sekolah, teringat pulak minat mengumpul resepi dari surat khabar dan majalah dan dijadikan 'scrap book'. Mak teman jugaklah yang memulakan hobi ni untuk kami sekeluarga. Elok lagi buku yang teman buat 15 tahun yang lalu. Kalau dibelek-belek semula, ada macam-macam resepi yang menarik contohnya seperti yang teman tampal sebagai 'cover page' tu, 'strawberry mousse'(kena cuba bebila ni...). Berangan satu hari dengan resepi-resepi pun takpe..Dan yang menariknya, banyak keratan akhbar oleh Chef Wan ketika waktu beliau mempromosikan barangan jenama Kraft. Dah boleh jadi artifak agaknya keratan akhbar ni..


Orang kata,semakin kita meningkat dewasa, semakin banyak cita-cita dan keinginan masa lampau yang dilupakan.Teman masih ingat kenapa teman nak jadi seorang akauntan,sebab teman nak jadi macam Chef Wan...Alkisahnya :D

Food Coma No 2-Lepat Labu Kasih Sayang

Hari ini cuti Wesak 2010.Seperti biasa bila ade je cuti lebih masa, 'its time to go back home'. Saat yang paling best bila sampai jer kat rumah mak teman tu, selepas salam dan bertanya khabar, pasti akan tanya, hari ni mak masak apa yang special hehehe..Maklumlah hidup diperantauan makan tak terurus (konon la kan..padahal Ipoh-KL bukannya jauh sgt pun..). Jadi sesekali balik, ada makanan air tangan ibunda sendiri walaupun yang mudah,rasanya di anak tekak ni lain macam sedapnya. Hari ni sampai di rumah tepat jam 6.35 ptg bertolak dari Sg Buloh dalam pukul 4.00 ptg. Terlajak dari waktu yang sepatutnya, sebab tah macamana tersalah masuk highway Gopeng. Ni kes nak memintas bas dan lori punya hal la ni..tapi jimat la RM1.00 dari biasa.

So hari ni sempat minum petang dengan keropok lekor yang dibeli mak teman kat Terengganu hari tu. Balut dengan plastik elok-elok dan simpan dalam peti ais, rasanya masih sedap..lebih-lebih lagi digoreng dan dimakan panas-panas. Yang paling best hari ni dapat makan lepat labu..lama sungguh tak makan lepat labu ni..Kalau dibeli, lepatnya lebih banyak tepung dari isi....buat haru jer...Tapi Lepat Labu Kasih Sayang ni memang cukup lemak manisnya. Lepat labu buatan ibu saudara di kampung;Andang bersama-sama mak teman. Boleh bayangkan seronok mereka berdua adik beradik buat lepat bersama-sama di dapur...Rindunya suasana di kampung arwah opah... Yang kelakarnya, tentang saiz lepat labu tu berbeza-beza..Bila saiz yang besar pasti standard buatan Andang,yang kecik molek tu buatan mak teman ler..Puas betul makan Lepat Labu Kasih Sayang ni..cukup inti kelapanya..harum bau daun pisang masih ada, walaupun lepat tu disimpan dalam peti ais dan dipanaskan untuk santapan anakanda yang pulang ini.... Resepinya ringkas sangat, tapi bila dibuat bersama-sama keluarga,manisnya bukan sekadar gula..

Bahan-bahan :

Inti labu :

1/2 biji labu merah (yang Andang guna dengar ceritanya labu Amerika hehe...)
1 cawan tepung gandum
3 sudu gula pasir (pemanis tambahan secukup rasa, tapi kalau ada pilihan saya lebih suka guna madu)
(Labu direbus lembut sedikit,ditos dan dilecek bersama-sama tepung dan pemanis)

Inti kelapa :

1/2 biji kelapa yang diparut
2 sudu teh garam halus (bagi rasa lemak masin inti kelapa)
(Gaul kelapa dan garam)

Pembungkus :

Daun pisang ( dilayur sedikit diatas api dan dipotong segiempat sama-saiz bergantung kepada kehendak masing-masing)

Cara-cara:

Letakkan 2 sudu makan adunan labu diatas daun pisang dan diratakan sedikit.Letakkan 1 sudu makan inti kelapa ditengah-tengah adunan labu.Lipat daun pisang dan kemaskan adunan kiri dan kanan agar adunan labu tidak terkeluar.Kukus lepat selama lebih kurang 15-20 minit.

Senang dimasak sedap dimakan!

Ahad, 23 Mei 2010

Food Coma No 1-Creamy Sausage Carbonara

Ceritanya suatu ketika dahulu dibulan Ramadhan 2009, berlakulah perjanjian diantara teman dan beberapa orang yang namanya dirahsiakan untuk membuat satu lagi resepi terbaru yang belum pernah mereka rasa secara 'home made'..Perjanjian berlalu selama hampir setahun namun masih diingat oleh orang-orang itu..Ibarat kata pepatah,lembu dipegang pada tali,manusia dipegang pada janji,maka pada hari ini terlaksana sudah janji yang termeterai..Rasa lega yang tidak terkata kerana cubaan pertama dengan 'bergurukan' Jamie Oliver (dalam mimpi hehe) telah berjaya...Antara isi perjanjian tersebut bakal dikongsi bersama-sama pembaca semua..

Bahan- Bahan & Cara:
Sos:
3 kuning telur
1 cawan krim segar
1 cawan keju parmesan parut
(kesemua bahan ini dicampur sekali)
Tips: Untuk pastikan telur kuning masak secara tak lansung,saya letakkan air panas dibawah mangkuk macam kita buat double boiler tu...)

Tumisan:
5 ketul sosej dihiris nipis
(saya suke perasa lada hitam kalau nak yang asli pun ok)
10 biji cendawan butang dihiris nipis
Satu labu bawang putih dikisar halus
Satu biji bawang besar didadu
1 sudu serbuk 'thyme'
1 sudu serbuk daun 'basil'
1 sudu serbuk lada hitam atau lada hitam yang ditumbuk halus
Sedikit jintan putih
5 sudu minyak zaitun
(kesemua bahan ditumis)
Tips:Tumis bawang hingga kekuningan dan naik bau sebelum dimasukkan herba-herba,sosej dan terakhir cendawan butang)

Pasta :
1 paket spaghetti
1 sudu minyak zaitun
1 mangkuk besar air
1 sudu teh garam
(masak air hingga mendidih dan masukkan minyak dan spaghetti,kacau dan setelah kembang baru masukkan garam)
Tips:Untuk aroma yang lebih enak,gaulkan spaghetti yang telah ditoskan bersama-sama kepingan daun 'parsley' kering.

!-Kesemua bahan-bahan dimasak serentak dan digaulkan sekali didalam mangkuk.Kepanasan dari spaghetti yang telah ditoskan dan sosej akan membantu memasak sos keju.

!!- Jangan masak sos keju secara lansung diatas api kerana ini akan menjadikan sos keju berketul-ketul.

!!!-Bagi yang inginkan bahan-bahan segar boleh juga digantikan dengan hirisan daging salai dan herba segar.

Selamat mencuba!