Hari ini cuti Wesak 2010.Seperti biasa bila ade je cuti lebih masa, 'its time to go back home'. Saat yang paling best bila sampai jer kat rumah mak teman tu, selepas salam dan bertanya khabar, pasti akan tanya, hari ni mak masak apa yang special hehehe..Maklumlah hidup diperantauan makan tak terurus (konon la kan..padahal Ipoh-KL bukannya jauh sgt pun..). Jadi sesekali balik, ada makanan air tangan ibunda sendiri walaupun yang mudah,rasanya di anak tekak ni lain macam sedapnya. Hari ni sampai di rumah tepat jam 6.35 ptg bertolak dari Sg Buloh dalam pukul 4.00 ptg. Terlajak dari waktu yang sepatutnya, sebab tah macamana tersalah masuk highway Gopeng. Ni kes nak memintas bas dan lori punya hal la ni..tapi jimat la RM1.00 dari biasa.
So hari ni sempat minum petang dengan keropok lekor yang dibeli mak teman kat Terengganu hari tu. Balut dengan plastik elok-elok dan simpan dalam peti ais, rasanya masih sedap..lebih-lebih lagi digoreng dan dimakan panas-panas. Yang paling best hari ni dapat makan lepat labu..lama sungguh tak makan lepat labu ni..Kalau dibeli, lepatnya lebih banyak tepung dari isi....buat haru jer...Tapi Lepat Labu Kasih Sayang ni memang cukup lemak manisnya. Lepat labu buatan ibu saudara di kampung;Andang bersama-sama mak teman. Boleh bayangkan seronok mereka berdua adik beradik buat lepat bersama-sama di dapur...Rindunya suasana di kampung arwah opah... Yang kelakarnya, tentang saiz lepat labu tu berbeza-beza..Bila saiz yang besar pasti standard buatan Andang,yang kecik molek tu buatan mak teman ler..Puas betul makan Lepat Labu Kasih Sayang ni..cukup inti kelapanya..harum bau daun pisang masih ada, walaupun lepat tu disimpan dalam peti ais dan dipanaskan untuk santapan anakanda yang pulang ini.... Resepinya ringkas sangat, tapi bila dibuat bersama-sama keluarga,manisnya bukan sekadar gula..
Bahan-bahan :
Inti labu :
1/2 biji labu merah (yang Andang guna dengar ceritanya labu Amerika hehe...)
1 cawan tepung gandum
3 sudu gula pasir (pemanis tambahan secukup rasa, tapi kalau ada pilihan saya lebih suka guna madu)
(Labu direbus lembut sedikit,ditos dan dilecek bersama-sama tepung dan pemanis)
Inti kelapa :
1/2 biji kelapa yang diparut
2 sudu teh garam halus (bagi rasa lemak masin inti kelapa)
(Gaul kelapa dan garam)
Pembungkus :
Daun pisang ( dilayur sedikit diatas api dan dipotong segiempat sama-saiz bergantung kepada kehendak masing-masing)
Cara-cara:
Letakkan 2 sudu makan adunan labu diatas daun pisang dan diratakan sedikit.Letakkan 1 sudu makan inti kelapa ditengah-tengah adunan labu.Lipat daun pisang dan kemaskan adunan kiri dan kanan agar adunan labu tidak terkeluar.Kukus lepat selama lebih kurang 15-20 minit.

Senang dimasak sedap dimakan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan