Jumaat, 28 Mei 2010

Kembali Ke Masa Silam

Hari Sabtu dirumah mak teman ni, sama jer dengan hari-hari Sabtu kebiasaaannya. Mak teman yang sangat komited dengan kerja-kerja perguruannya tak pernah jemu ke sana ke sini memenuhi undangan pihak sekolah. Jadi tinggallah teman di rumah melaksanakan kerja-kerja biasa orang rumah. Rutin biasa sambil menunggu baju dibasuh mesin, sarapan ala kadar dengan secawan 'neslo' panas, wajib disulami secawan air suam. Bukan apa, takut jugak terlebih manis dalam minuman boleh memberi kesan kepada kesihatan. Menu biasa yang pasti ada diatas meja waktu kesibukan, roti putih Gardenia dan sekaya pandan atau jem strawberi.Kami dah biasa sejak zaman sekolah dengan menu ni. Tapi, sesekali berkumpul ramai-ramai, mak teman pasti akan masak menu ringkas istimewanya. Tapi bukan hari ini...

Teringat zaman sekolah, teringat pulak minat mengumpul resepi dari surat khabar dan majalah dan dijadikan 'scrap book'. Mak teman jugaklah yang memulakan hobi ni untuk kami sekeluarga. Elok lagi buku yang teman buat 15 tahun yang lalu. Kalau dibelek-belek semula, ada macam-macam resepi yang menarik contohnya seperti yang teman tampal sebagai 'cover page' tu, 'strawberry mousse'(kena cuba bebila ni...). Berangan satu hari dengan resepi-resepi pun takpe..Dan yang menariknya, banyak keratan akhbar oleh Chef Wan ketika waktu beliau mempromosikan barangan jenama Kraft. Dah boleh jadi artifak agaknya keratan akhbar ni..


Orang kata,semakin kita meningkat dewasa, semakin banyak cita-cita dan keinginan masa lampau yang dilupakan.Teman masih ingat kenapa teman nak jadi seorang akauntan,sebab teman nak jadi macam Chef Wan...Alkisahnya :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan