Sabtu, 26 Mei 2012

Chill & Check It Out


Suatu ketika dulu teman pernah berimpian untuk mempunyai sebuah cafe yang menghidangkan pelbagai jenis minuman yang bukan sahaja sedap rasanya tapi menarik namanya.Impian masih kekal impian tapi itu tidak menghalang teman dari mencuba resepi-resepi minuman kegemaran apabila tekak terasa dahaga.Bagi peminat minuman ais kisar/ice blended , jus buah-buahan dan minuman yogurt, resepi minuman ini boleh dicuba dirumah bila-bila masa sahaja.

Kategori :Ais Kisar/Ice blended
Nickname :Moreo Chill (Mocha Oreo)
Bahan-bahan :
1 cawan susu segar rendah lemak
1 sudu teh serbuk kopi (Nescafe pun boleh)
2 sudu teh serbuk coklat (Milo pun boleh)
1 sudu makan susu pekat (boleh ditambah jika ingin lebih manis)
Biskut Oreo (perasa Ais Krim dingin)
Ais secukupnya.

Cara-caranya :
Semua bahan-bahan dikisar hingga halus kecuali biskut oreo.Akhir sekali masukkan biskut oreo dan kisar sebentar supaya tidak terlalu hancur.Untuk rasa dingin biarkan krim yang terdapat dalam biskut.Sekiranya suka yang biasa,asingkan krim dan kisar biskut sahaja.Hias dengan baki serbuk biskut oreo.

Kategori : Jus buah (Fruit Juice)
Nickname :Moonlite Syifa (Jus Oren dan Lobak Merah)
Bahan-bahan :
1 biji oren yang dibuang kulit dan biji
1/2 biji lobak merah
1/2 biji jus lemon
1 sudu teh gula pasir (sekiranya perlu)

Cara-caranya :
Kisar semua bahan-bahan dan sejukkan sebentar didalam peti ais. Untuk jus asli,tidak perlu gula kerana lobak merah dapat mengurangkan rasa masam oren dan lemon.Sesuai untuk minuman 'detox'.







Kategori : Minuman Tairu (Yogurt Drink)
Nickname :Minty Fruity (Buah dan Pudina)
Bahan-bahan :
1 cawan yogurt asli
5 biji strawberi segar
1/2 biji epal hijau
1/2 biji epal merah
1/2 biji mangga
1/2 biji jambu batu
4 helai daun pudina

Cara-caranya :
Kisar semua bahan-bahan dan sejukkan sebentar didalam peti ais. Sesuai untuk minuman 'detox'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan