Ahad, 21 April 2013

Kek Pisang Marble

Salam.
Menulis blog makin lama menjadi terapi bagi teman di kala kebosanan.Blog ini lebih kepada arkib peribadi yang dapat teman kongsi bersama pembaca-pembaca yang sudi menjengah blog teman ini. Mana-mana informasi yang boleh digunapakai teman harap dapat memberi kebaikan kepada semua.
Owh... entri terakhir tentang pengalaman teman semasa umrah Versi 2.0 akan teman selesaikan sedikit masa lagi.
Kali ini sedikit perkongsian menu minum petang yang mudah dan cepat. Menu ini terjadi disebabkan stok pisang sebanyak dua tandan hasil dari pokok pisang di belakang rumah sewa teman yang tidak pernah gagal berbuah.Walaupun tidak diketahui spesis pisang jenis apa tapi rasanya sedap dimakan begitu sahaja. Beberapa sikat dibawa pulang ke kampung. Bermula dengan pengat pisang kemudian pisang goreng dan petang tadi teman mengambil keputusan membuat kek marble pisang.Resepi yang diambil dari sebuah blog cukup mudah dan sedap dimakan bersama ais-krim kerana kek pisang ini sedikit lembap. Izinkan teman berkongsi resepinya disini.

Kek Pisang Marble
Bahan-bahan :
5 biji pisang masak ranum (B)
4 biji telur gred B (B)
1/2 cawan minyak masak (B)
1/2 cawan susu segar (B)
1/2 cawan gula (B)
1 sudu kecil esen vanila (B)
2 1/2 cawan tepung gandum (A)
2 sudu kecil Baking Powder (A)
1 sudu kecil Soda Bikarbonat (A)
1 sudu besar coklat Emulco

Cara-cara :
Lenserkan loyang dengan sedikit minyak dan tabur sedikit tepung agar adunan tidak melekat selapas dibakar.Letakkan loyang ketepi.
Panaskan oven kepada 175 C.Ayak semua bahan bertanda (A) dan ketepikan. Blender bahan-bahan (B) dan masukkan kedalam mangkuk adunan.Campurkan bahan (A) kepada (B) sedikit demi sedikit dan gaul-kaupkan.Bahagikan adunan sama banyak dan satu adunan diletakkan coklat emulco.(Berhati-hati menggunakan coklat emulco jika terlebih akan berasa pahit).
Cara menuang adunan untuk mendapat corak marble ialah ambil sedikit adunan coklat dan letak ditengah-tengah loyang.Kemudian letakkan ditengah-tengahnya adunan satu lagi.Lakukan ini berselang-seli hingga habis semua adunan.
Bakar adunan selama sejam hingga masak.Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama-sama ais krim.Selamat  mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan