Ahad, 5 Mei 2013

Sehari Selepas PRU 13


Hari ini seperti hari yang baru bagi teman walaupun masih berkerajaan lama.Isu politik jika dibicarakan tanpa minda yang terbuka sering mengundang kontroversi.Walaupun hati teman sedikit tercalar kerana tidak dapat meneruskan niat untuk mengundi tahun ini akibat rekod tidak ditemui, teman masih mampu melihatnya dari sudut yang positif.Calon yang bertanding tidak mendatangkan minat teman untuk menyokong mana-mana parti mungkin dilihat seperti tidak bertanggungjawab oleh segelintir pihak.Tetapi teman lebih perlu bertanggungjawab pada diri sendiri jika teman memilih tanpa ilmu.Kita merancang dan Allah juga merancang.Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik.Teman berdoa diberi kesempatan untuk memilih 5 tahun lagi.Semoga doa sujud tahajud teman dilorongkan jalan yang benar dan dikurniakan pemimpin yang benar.

Memandangkan hari ini negeri tempat teman bekerja mengumumkan cuti khas,maka masa di kampung dihabiskan bersama emak dan adik-adik teman yang pulang mengundi.Sambil sibuk didapur menyiapkan makan tengahari, teman mengambil kesempatan membuat 'keras tangan'.Teman telah lama berniat untuk belajar mengukir buah-buahan untuk mengisi masa lapang.Kali ini mangga muda yang dikait dari pokok belakang rumah menjadi 'mangsa' cubaan pertama.Walaupun tanpa peralatan khas teman masih ingin mencuba.Mana tahu mungkin di masa akan datang niat ini boleh menjadi sumber pendapatan tambahan teman pula,wallahu'alam.

Selasa, 30 April 2013

Dunia Ini Tempat Bekerja

Selamat hari pekerja .Hari ini 1hb May 2013 sekali lagi para pekerja seperti teman diberi cuti rehat dari kerja-kerja dunia. Jika dilihat dari firman Allah Subhanahuwataala yang berbunyi:                             

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون..“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (Surah Al Dzariyat 51: 56 ).Ayat ini sudah cukup membuktikan bahawa hidup ini hanyalah sebagai pentas ibadah kita kepada Sang Pencipta.Bersyukurlah kita masih diberi kesempatan untuk bekerja kerana kerja itulah sebahagian daripada ibadah jika menurut landasan Islam yang sebenar.Semoga teman terus diberi kekuatan dan kecerdikan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.Sehari sebelum tarikh ini merupakan hari penutupan bulan jualan bagi unit teman.Alhamdulillah perancangan awal dan semangat berpasukan telah membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka.Kami berjaya mencapai sasaran jualan bulanan untuk kali pertama di bulan pertama suku kedua.Semoga kemudahan berpihak kepada kami di masa-masa akan datang. Sebagai ketua pasukan,tekanan untuk mencapai sasaran terasa seperti bebanan yang amat berat untuk dipikul seorang diri. Disaat inilah kemahiran perorangan seorang ketua teruji.Sesuailah dengan moto kami tahun ini " Train the trainer and be extra than ordinary'.Sesungguhnya segala pujian, kenikmatan dan kerajaan itu adalah milik Allah Yang Maha Besar.Amin

Ahad, 21 April 2013

Kek Pisang Marble

Salam.
Menulis blog makin lama menjadi terapi bagi teman di kala kebosanan.Blog ini lebih kepada arkib peribadi yang dapat teman kongsi bersama pembaca-pembaca yang sudi menjengah blog teman ini. Mana-mana informasi yang boleh digunapakai teman harap dapat memberi kebaikan kepada semua.
Owh... entri terakhir tentang pengalaman teman semasa umrah Versi 2.0 akan teman selesaikan sedikit masa lagi.
Kali ini sedikit perkongsian menu minum petang yang mudah dan cepat. Menu ini terjadi disebabkan stok pisang sebanyak dua tandan hasil dari pokok pisang di belakang rumah sewa teman yang tidak pernah gagal berbuah.Walaupun tidak diketahui spesis pisang jenis apa tapi rasanya sedap dimakan begitu sahaja. Beberapa sikat dibawa pulang ke kampung. Bermula dengan pengat pisang kemudian pisang goreng dan petang tadi teman mengambil keputusan membuat kek marble pisang.Resepi yang diambil dari sebuah blog cukup mudah dan sedap dimakan bersama ais-krim kerana kek pisang ini sedikit lembap. Izinkan teman berkongsi resepinya disini.

Kek Pisang Marble
Bahan-bahan :
5 biji pisang masak ranum (B)
4 biji telur gred B (B)
1/2 cawan minyak masak (B)
1/2 cawan susu segar (B)
1/2 cawan gula (B)
1 sudu kecil esen vanila (B)
2 1/2 cawan tepung gandum (A)
2 sudu kecil Baking Powder (A)
1 sudu kecil Soda Bikarbonat (A)
1 sudu besar coklat Emulco

Cara-cara :
Lenserkan loyang dengan sedikit minyak dan tabur sedikit tepung agar adunan tidak melekat selapas dibakar.Letakkan loyang ketepi.
Panaskan oven kepada 175 C.Ayak semua bahan bertanda (A) dan ketepikan. Blender bahan-bahan (B) dan masukkan kedalam mangkuk adunan.Campurkan bahan (A) kepada (B) sedikit demi sedikit dan gaul-kaupkan.Bahagikan adunan sama banyak dan satu adunan diletakkan coklat emulco.(Berhati-hati menggunakan coklat emulco jika terlebih akan berasa pahit).
Cara menuang adunan untuk mendapat corak marble ialah ambil sedikit adunan coklat dan letak ditengah-tengah loyang.Kemudian letakkan ditengah-tengahnya adunan satu lagi.Lakukan ini berselang-seli hingga habis semua adunan.
Bakar adunan selama sejam hingga masak.Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama-sama ais krim.Selamat  mencuba.

Sabtu, 13 April 2013

Indahnya Menjadi TetamuNYA (1.0)

Salam hujung minggu.
Entri kali ini teman ingin berkongsi cerita tentang perjalanan umrah teman sekeluarga pada awal tahun yang lalu.Agak lama masa yang diambil untuk membuat keputusan bercerita tentang hal ini, mungkin teman perlu bersedia memberi yang terbaik. Entri ini juga ditujukan khas buat sepupu teman; KT (you know who you are :)).
Jika ditanya apakah perasaan teman selesai menunaikan umrah,tiada perkataan lain yang dapat digambarkan melainkan semua cukup indah.Hasrat ingin menunaikan umrah telah lama disimpan,menunggu masa dan belanjawan yang mencukupi.Apatah lagi tahun ini giliran teman mendapat bonus umrah dari syarikat tempat bekerja.Tidak mahu bertangguh lagi lalu teman bersetuju dengan cadangan majikan untuk mengambil pakej yang ditawarkan oleh agensi Sutra Bistari milik Pn Intan dan diwakili oleh Ustaz Ghazali Ibrahim.Keputusan membuat umrah tahun ini bertambah seronok apabila emak dan adik-adik perempuan teman ingin bersama-sama.Walaupun adik lelaki teman pada awalnya memang tidak terlibat sama kerana belum bersedia,kami tidak gusar kerana dijanji kumpulan yang boleh 'menumpang' mahram.Beg baru yang siap dikemas hanya menunggu masa untuk berangkat.Niat perjalanan kali ini amat memberi semangat dan keyakinan yang luarbiasa.
Setelah selesai bayaran pakej teman dimaklumkan bahawa awal tahun ini Kerajaan Arab telah memperketatkan syarat mahram bagi jemaah umrah perempuan.Perasaan bercampur baur apabila disaat-saat akhir teman terpaksa juga memujuk adik lelaki untuk turut serta.Jika tidak kami mungkin tidak dapat menunaikan umrah tahun ini!
Alhamdulillah dengan izin Allah,berkat doa dan usaha, setelah diberi penerangan lansung oleh Ustaz Ghazali, adik lelaki teman sedia untuk bersama-sama kami mengerjakan umrah pada tahun ini.Firman Allah SWT.: “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.” (Surah al-Baqarah, ayat 196).Berbekal firman Allah ini teman dan keluarga berserah diri untuk segera menunaikan ibadat umrah walaupun  di hati kecil ini banyak juga yang dikhuatiri kerana diri ini tidak terlepas dari berbuat dosa kepadaNYA. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kami dan memberi kelapangan bagi kami hendaknya.
19  Januari 2013 (Sabtu) = 6 Rabiulawal 1434 H
Alhamdulillah selamat urusan perlepasan dan penerangan ringkas oleh Ustaz Ghazali kami sekeluarga bersama-sama rombongan yang lain menuju untuk menaiki kapal terbang.Rombongan kami  ini disertai oleh peserta umrah dari utara yang hampir semuanya dari Baling Kedah.Kami sekeluarga walaupun berasal dari Perak tetapi telah transit lebih awal di rumah makcik teman di Selangor.Kasihan melihat sebahagian besar jemaah warga tua kepenatan kerana perjalanan semalaman dari Kedah ke KLIA.Walaupun begitu mereka tetap bersemangat dan ceria.Rezeki penerbangan kami adalah dengan Emirates Air.Oleh itu kami akan transit selama 2 jam di Dubai.                                                                                                                                               Penerbangan kami pada jam 7.30 malam dan anggaran dari Kuala Lumpur (KUL) ke Dubai (DXB) ialah 5556KM ini akan mengambil masa lebh kurang 7 jam perjalanan.Kami menikmati makan malam pada jam 10.30 malam dan dikejutkan sekali lagi untuk hidangan tengah malam pada jam 1pagi.
Jam di zon dubai masih 9.05 malam (19/1/13) manakala jam ditangan yang tidak diubah waktunya menunjukkan 2.00 pagi waktu Malaysia.30 minit lagi kamu dijangka sampai di transit Dubai. Alhamdulillah sampai di Dubai,rombongan kami terus menuju ke surau untuk solat jamak taakhir Magrib-Isya' , memakai ihram dan berniat umrah.Selesai solat dan niat teman segera keluar berkumpul dan alangkah seronoknya melihat adik lelaki teman lengkap berihram.Terima kasih Allah kerana telah menzahirkan niat kami sekeluarga untuk mengerjakan umrah.
Bersambung....................

Sabtu, 6 April 2013

Rantai Bunga

Salam.
Entah apa yang ingin diceritakan hari ini.Mungkin berasa serba tak kena ruangan ini dibiar kosong terlalu lama.Mengambil kesempatan cuti rehat ini teman dan emak telah meluangkan masa pagi kami beriadah di taman rekreasi berhampiran.Sesudah selesai menonton bual bicara 'Tanyalah Ustaz' di kaca televisyen kami mengorak langkah ke taman berdekatan.
Setiba disana, kawasan itu tidak pernah lekang dengan pengunjung setianya. Usai beberapa pergerakan wajib untuk memanaskan badan, teman dan emak memulai langkah mengelilingi kawasan taman itu.Berjalan perlahan dan langkah dilajukan sambil memerhati kehijauan taman dan warna-warni bunga di taman.
Sambil berjalan, sempat lagi teman mengambil gambar sepohon pokok yang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak.Pokok ini mengeluarkan bunga berwarna merah jambu dan putik bunga berwarna kuning.Jika dulu-dulu, bunga kuning itu sering menjadi rebutan bagi kami kanak-kanak perempuan.Bukan apa bunga kuning itulah yang dicantum satu persatu untuk dijadikan rantai hiasan apabila bermain pondok-pondok.Emak menggelarkannya pokok bunga Jepun.Entah apa agaknya nama sebenar pokok itu.Apakah kanak-kanak perempuan zaman ini masih lagi berebut-rebut memetik bunga kuning itu untuk dijadikan rantai?Atau kewujudanya hanya sekadar penghias laman dan tidak lagi diendahkan.Begitulah masa berlalu dan zaman pun berubah.Apatah lagi aktiviti masa lapang anak-anak zaman sekarang lebih banyak dihabiskan dihadapan komputer.
Hujung minggu yang sama teman menantikan kedatangan dua orang sahabat yang ingin datang melawat.Sekadar ingin menghabiskan masa bersama, kami hanya berehat di rumah dan tidak kemana-mana.Bosan dengan menu yang sama, emak teman telah mengambil keputusan tengahari itu kami akan memasak asam pedas ayam selain lauk sayur dan tempe goreng cili.Seorang sahabat yang agak rapat dengan  orang Johor memanggil asam pedas ayam itu asam pedas malas.Agak pelik dan kelakar mendengarnya.Mungkin terlalu mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak, maka tengahari itu kami kenyang dengan asam pedas ayam malas ala Chu Za,Alhamdulillah.Resepi mudah bagi mereka yang inginkan sesuatu yang mudah,cepat dan lazat dimakan walaupun anda bukan seorang yang malas memasak.

Asam Pedas Ayam Malas
1/2 ekor ayam dipotong sederhana
2 sudu besar belacan
3 sudu besar cili kisar
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah
sedikit halia
2 batang serai
3 batang bunga kantan
1/2 cawan air Asam jawa
2 helai asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya untuk kuah.

Cara-cara :
Tumbuk bawang putih,bawang merah.halia dan belacan.Titik sedikit serai.Tumis bahan yang ditumbuk hingga  naik bau dan masukkan cli kisar.Tumis lagi hingga cili sedikit garing.Masukkan ayam dan gaulkan. Tambah air asam jawa dan asam keping.Masukkan serai,bunga kantan,garam, gula dan air secukupnya.Masak hingga menggelegak kuahnya.
Bagi yang suka boleh ditambah daun kesum sekiranya ada.

Ahad, 24 Mac 2013

Mahu Senyum Selalu

Selamat kembali pada diri dalam ruangan blog yang seadanya ini.Agak lama terhenti menulis lantas ruang yang hampir bersawang ini teman kemaskini kembali. Indahnya dunia ini kalau setiap diri dapat melaksanakan tajuk entri teman hari ini. Itulah keinginan terpendam yang jujurnya bukan mudah untuk dizahirkan.
Dihimpit kesakitan yang tiba-tiba membuat teman terhenti seketika dari aktiviti biasa menjadikan kesakitan itu sesuatu yang luarbiasa.Kerap kali diingatkan oleh rakan taulan dan keluarga bahawa sakit itu adalah ujian dari Allah. Ya benar, semoga teman lulus ujian itu untuk sekian kalinya. Boleh jadi juga diri yang lalai ini menerima kafarah dariNYA agar teman tidak terus lalai dalam melihat diri dan persekitaran. Mati itu pasti, seharusnya setiap diri menjadi lebih berani untuk hidup. Mungkin ada entri-entri terdahulu yang mengganggu dan mengguris hati mana-mana pihak yang membaca, teman menyusun sepuluh jari memohon maaf atas kekhilafan. Mungkin entri yang bertujuan peribadi ini telah disalah erti oleh segelintir pihak. Jika benar, 'Hasbunallahu wa ni`mal Wakil' (حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ).
Masih banyak resepi dan cerita yang ingin dikongsi kerana 'I am what I am; a life food story teller'.Mungkin di ruang akan datang, Insyaa' Allah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan idea teman akan kembali pastinya untuk menjadi lebih baik dari semalam,hari ini dan selamanya. Semoga Allah redha.Alhamdulillah

Jumaat, 14 Disember 2012

14 Disember 2012 bersamaan 1 Safar 1434H. Terlalu banyak perkara yang berserabut minta di uruskan. Jadinya ini adalah masa yang terbaik untuk teman meluahkan apa di fikiran, moga-moga mendapat kelapangan. 
2 hari yang lepas 12/12/12; adalah tarikh istimewa bagi kami di pejabat kerana kami akan menggunakan tarikh-tarikh yang 'cantik' untuk mempromosikan pertubuhan syarikat baru. Walaupun tarikh istimewa ini berlaku sekali dalam suatu abad namun tiada sebarang kepercayaan tentang tarikh-tarikh tertentu cuma ianya kelihatan menarik pada sijil pertubuhan syarikat itu nanti.Tidak terlalu taksub dengan tarikh dikhuatiri merosakkan akidah kami sebagai orang Islam walaupun kami pernah belajar secara asas tentang analisis karektar diri mengikut tarikh kelahiran. Secara peribadi, tiada yang terlalu istimewa bagi teman pada hari berkenaan. 12 Disember 2012 adalah hari pertama teman memulakan kerja setelah empat hari bercuti rehat sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Selangor pada hari sebelumnya. Cuti 'rompang' kami gelarkan kerana cuti jatuh pada hari Selasa yang Isninnya perlu bekerja. Masa inilah ramai pekerja mengambil peluang menghabiskan cuti tahunan masing-masing termasuklah teman.Walaupun pengendalian sumber manusia di syarikat teman berkerja agak berbeza kerana tempoh akhir cuti tahunan kami berbeza-beza mengikut tarikh pengesahan jawatan bukan pada setiap 31 haribulan Disember. Almaklumlah perkara-perkara yang tidak termaktub dalam Akta Pekerja 1955 masih boleh diuruselia oleh pihak majikan mengikut kesesuaian dan budi bicara. Tambahan lagi pekerja kami tidak ramai dan masih mudah diuruskan sebegini. Mungkin bila bertambah pekerja nanti kami akan memikirkan polisi yang lebih baik. Bak kata bos teman,'Kita buat polisi syarikat, bukan polisi syarikat buat kita'. Hari pertama bekerja sarat dengan timbunan kertas untuk dikemaskini. Kesulitan sedikit terasa apabila salah seorang rakan seunit telah bercuti panjang untuk menguruskan majlis perkahwinannya pada hari Ahad ini. Memandangkan setiap kami mempunyai pengkhususan kerja masing-masing, teman terpaksa pulang agak lewat dari biasa untuk menyelesaikan laporan harian.
13 Disember 2012, teman ditugaskan untuk bertemu dengan bakal klien di cawangan kami di Shah Alam. Menjadi staf pengurusan di pejabat, peluang untuk kerja-kerja luar dan bertemu orang-orang baru sangat menyeronokan. Masa inilah, segala timbunan kertas boleh ditangguhkan urusannya. Mengisi masa perjalanan ke Shah Alam sambil melayan perasaan, menyelesaikan tugas dan menemani pengurus cawangan makan tengahari sebelum pulang ke ibu pejabat. Ketika berjalan kaki menuju destinasi menjamu selera hari ini, kami sempat singgah di gerai Speedy yang sedang mengadakan jualan murah penghabisan stok.Niat asal hanya melihat-lihat, menjamu mata kata orang tetapi tiba-tiba terpandang dua buah CD yang kelihatan agak menarik ilustrasinya.'Don't judge a book by its cover' pantas hati berbisik supaya mengabaikan keinginan membeli. Namun di fikiran pula menguatkan niat teman untuk membeli CD berkenaan kerana kata orang juga 'Tak kenal maka tak cinta'.Tanpa membuang masa terus 2 buah CD lagu itu teman ambil dan bayar. RM10 sahaja untuk 2 CD yang ASLI. Kalau dicongak-congak rasanya sudah hampir setahun teman tidak membeli CD lagu. Kali terakhir CD yang dibeli adalah himpunan lagu  Maher Zain yang rancak naik di carta radio tahun lepas. Tidak pernah mendengar apatah lagi mengetahui siapa itu Eels (Tomorrow Morning) dan Zain Bhikha (ALLAH Knows). Menunggu masa pulang ke rumah untuk menjadikannya halwa telinga. Selepas selesai solat Maghrib,2 CD ini teman pasang.Ternyata walaupun bermotifkan ilustrasi yang sama dan kedua-dua CD itu berkonsepkan kerohanian tetapi pendekatan bahasa liriknya terlalu berbeza. Bergenre pop alternatif, lebih seperti mendengar 'coral speaking'. Lirik yang panjang dan puitis dihormanikan dengan rentak lagu yang unik. Memang tidak akan terkenal di carta 'mainstream' tetapi menarik bagi teman. Pilihan teman pastinya oleh Zain Bhika dengan senarai lagu yang sangat menarik, bahasa yang sopan dan sesuai dengan jiwa dikala ini. Kalau nak dibandingkan pop alternatif dengan rock ballad kegemaran lama sebelum ini, pastinya jauh sekali. 
Cukup sekali pusingan, CD itu teman simpan. Niat menyambung bacaan terbantut kerana kepenatan. Sorakan rakan serumah yang asyik menonton perlawanan bola di ruang tengah rumah lansung tidak terkesan. Walaupun teman tahu hari ini Harimau Malaya berjuang di padang lawan; Gajah Putih, terasa kemenangan itu jauh kali ini. Layanan tuan rumah yang dari awal seperti tidak ikhlas menyambut kedatangan pasukan Harimau Malaya, mungkin antara faktor rasa kurang minat teman untuk bersama menonton. Demi menjaga jantung hati hari ini, perlawanan kali ini teman abaikan.Tidur sebentar dan bangun semula untuk solat Isya sebelum blog ini teman isi lagi dengan niat meleraikan kekusutan yang bersarang. Ingin di abadikan sebahagian lirik lagu yang menarik dari CD yang teman beli tadi supaya bulan ini blog teman tidak menjadi kosong.

No matter what, inside or out 

There's one thing of which there's no doubt 
Allah knows 
Allah knows 
And whatever lies in the heavens and the earth 
Every star in this whole universe 
Allah knows 
Allah knows ~ Zain Bhika